Dalam dunia ni ape pon yang kita buat, mesti takkan dapat puas kan hati semua orang...Ye tak? Besoknya siap anta outcome kat customer, yang kita akan dengar pada hari itu, eeee cantiknya, eee bestnya, puas ati la amek awak tak rugi..


Lagi 2 3 ari dapat call, "awak, gamba kite dalam tu macam, ermm tak bape kene la.." "awak, nape tak touch up muke kite??" "gamba cam gelap sket la wak"...

2 3 kali juga pernah kene camni..bile kite slidik2 baru la dapat jawapannye..Mak long kite kate camni, makngah kite kate gamba die pandang laen, mak kite kate gamba pengantin 2 orang nak special2 sket takde, TAKDE POSE KE KAT ATAS PELAMIN??!!

Aiyoooo....hurmm..susahlah nak jawab kalau camni..

Macam saya cakap tadik, nak puaskan hati setiap sanak saudara pengantin mmg tak dapat la den nak nolong..Kekadang, pengantin sgt puas hati dengan kerja photographer yang die hire..Tetapi lepas da dengar rungutan makciknya yang lahir pada tahun 1965 kerana takde pose mase dia kawen time tahun 1979 tu yang menjadik meleret2 masalah..

Touch up? Anda mahu gamba anda di touch up kah? Ok kita letakkan satu situation..Kak Betty ialah seorang make up artist, barang2 yang die guna M.A.C, Lancome,Chanel, Shu uemura dan banyak lagik la..

Dia dengan konfidennya menggunakan kepakarannya memekap muke pengantin untuk jadik cantik dan sempurna ketika majlis dan juga didalam gambar...Tapi selang 2 minggu lepas majlis di pon datang ah rumah pengantinnya untuk tgk hasil2 mekap yang sempat dirakamkan..

Muka pengantin jadik kelabu asap seperti majlisnya di Cameron Highland, shading M.A.C. yang die baru bli ituari da ilang dalam gambar, shading idong da tak nampak yang nampak cume lubang idong si pengantin, eye shadow 2 colour pakai, skali yang nampak same kale ngn kulit?

Andai kata, anda ialah Kak Betty si tukang mekap? Apekah perasaan anda?

Karya seni anda diubah oleh si tukang amek gamba? Alasannya nak kasi gamba lagi cantik?

Apakah Kak Betty mekap tak cantik? Berbaloikah pengantin membayar sehingga RM350-RM500 untuk seorang mekap artist, yang akhirnya kerja beliau diubah?

"Alaaaa, sajek nak jadikkan muke pengantin cam kat cite American Next Top Model tuh..."

Pokoknya, pikirkan kembali anda memanggil photographer datang ke majlis perkahwinan anda untuk ape tujuannya? Photoshoot modelkah atau merakamkan detik2 indah ketika majlis perkahwinan anda??

Saya tidak cakap touch up muke, softkan, flawlesskan itu semuanya salah..Tetapi!! Setiap yang kita buat bertujuan..Ape2 pon yang anda hendak buat mesti bertujuan..

Dan paling penting skali bende ini subjective...Bebelan ini semuanya hanya pandangan peribadi saya..Nak marah saya? Macam saya cakapkan benda ini subjective..Ape yang penting? Pikirkan tujuan anda membuat sesuatu..

Nasihat saya untuk bakal2 pengantin, Malaysia berlambak jurugambar perkahwinan..Pilihlah yang berkenan dan paling tepat dengan citarasa, supaya kemudian hari semuanya berjalan dengan lancar..