Weddings

Antara gambar-gambar pengantin dan yang bakal jadi pengantin yang sempat diupload pada kali ini..Enjoice!!







Akan datang...






Semoga azam tahun ini berjalan dengan lancar, selalu-selalu update blog..hehehe..Assalamualaikum!!

Affiq - 017 - 729 9590
Email - qiffaffiq@yahoo.com


Malim Kundang

Kepuasan dalam hidup mempunyai takrifan yang berbeza-beza, bergantung dari sudut mana kita lihat perkataan puas itu. Jika ternampak seseorang memandu Lamborghini Gallardo huh tidak syak lagi, dia sudah pun memiliki sebahagian besar isi dunia. Ya kah?

2009 tahun yang penuh dengan plot-plot rumit bagi aku dan Artisme, mungkin serumit plot filem M.Night Syamalan takpon J.J Abrams? Ughh mungkin lebih. Terduduk, termenung, suka, duka, pengajaran, tikam depan, tikam belakang, kitorang tikam balik, semua complete dalam tahun tersebut..

Pasukan bolasepak Malaysia mungkin takkan mengecapi kejayaan kalau jurulatihnya K.Rajagobal cepat melenting dengan sindiran dan kutukan daripada media malah daripada rakyat Malaysia. Silent is the best weapon.

Mengapa aku cakap silent is the best weapon? Tengok saja Dato' K, dalam senyap-senyap dia sudah sambar, bkn Wan Maimunah, tapi Siti Nurhaliza..Silent is the best weapon, senjata bagi menghadapi orang sekeliling tetapi tidak di kalangan customer. Owh kalau 'senjata' itu yang anda guna dikalangan customer umpama anda mengambil hati bakal ibu mertua dengan 'bersenjatakan' Honda Cup pemberian ayah anda. Dia buat 'dang' saja.

Mudah-mudahan lembaran baru ini akan lebih tebal tahap kekentalan hati, lebih tebal cuping telinga untuk menghadapi cabaran dalam hidup dan juga dunia perniagaan ini. InsyAllah..

Penutup 2009 diserikan dengan raja-raja yang harinya sudah lepas pon. Akan diuploadkan satu persatu insyAllah..Dan ini teaser daripada Majlis Meraikan Cinta Nazira & Anuar. Tunggu untuk hasil seterusnya..



P - 017-729 9590
E - qiffaffiq@yahoo.com

Ideologi Sikap Otak #2

Tidak lama dahulu big foot yang orang sangka telah pupus atau mitos semata itu telah muncul kembali dan "say hello" kat beberapa orang asli dalam hutan kat Johor. Di satu tempat yang lain, masyarakat jahiliah yang dikatakan tidak lagi jahil dan telah diasuh dengan ilmu selepas kelahiran nabi kita, masih lagi berlegar-legar di sekeliling kita tanpa disedari.

Melayu penuh dengan adab. Ya ke? Masih ramai lagi ke melayu diluar sana seperti Aidil dalam drama Nur Kasih? Atau lebih ramai yang seperti Adam adiknya si Aidil? Entahlah melihat pengalaman hidup dimuka bumi ni, hati ini selalu berkata, "jahat-jahat orang melayu ni lain, tak sama macam bangsa lain". Ternyata dakwaan itu meleset sama sekali dengan kejadian depan mata yang berlaku dan yang tidak disangka-sangka.

Hidup ini jika mahu direspek, tunjukkan bahawa anda layak direspect, bukan kita yang meminta orang respect kita. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak type boleh dibackspace, terlajak kata takut-takut buku lima terlajak dimuka.

Ragam manusia, tidak boleh nak disamakan dengan bangsa. Tiada bangsa atau agama yang mengajak pengikutnya kearah kejahatan. Pegang dengan apa yang kita ada, agama dan adab.

Di sekeliling saya ketika bekerja, tidak kira budak kompang, adik catering, abang kambing golek, pakcik rewang, semuanya mempunyai maruah dan semuanya layak untuk direspect. Tiada seorang pon daripada kita yang mempunyai hak berkata "hah, muke camtu layak ah kene maki", "ahh, keje camtu pandang sebelah mate jek". Siapa yang layak kata begitu, siapa?!! Mulianya seseorang itu terletak pada dalamanya bukan pada luarannya.

Itu saja serba sedikit yang boleh dikiaskan daripada pengalaman yang boleh dikatakan hmm sangat berharga. Sekurang-kurangnya kita tau bagaimana nak face dengan "umat-umat" sebegitu jika ditakdirkan berjumpa.

Okayh untuk tatapan mata pada kali ini, kolaborasi kesekian kalinya Artisme Republic, Ian Sham dan Beauty & The Beads. Pernah tengok iklan Sunsilk kakak tudung main futsal? Yerp, itulah dia Fatiya Latiff atau Tiya model kami pada kali ini. Dan ini antara shot-shot yang dapat kami paparkan. Tersenarai dalam Top 5 photoshoot favorite AR, insyAllah akan datang dapat menggila bersama lagi..*wink*








Related Posts with Thumbnails