Artisme Republic 2010 Wedding Package Promotion!!
Assalamualaikum..
Terima kasih kepada pengunjung blog yang berapa tak seberapa, nak kata menawan tak juga menawan, yang buat orang suka tak kurang juga yang membuat orang benci. (eh mana tau ni?)
Walau bagaimana pun aku masih terus setia upload dan menulis utk hari demi hari, minggu demi minggu. Kerana, tidak kira berapa ramai yang membenci atau yang memandang rendah, hidup ini mesti diteruskan untuk menggali nikmat yang tuhan beri. Life must goes on!!
Semalam, tidur aku tidak nyenyak kerana gastrik menyerang untuk kesekian kalinya. Aku tidur pastu aku bangun balik, pastu tidur tak alih-alih terbangun balik. Kepala menjadi kusut, hati sudah fed-up, perut pula mengembung dek si gas ini. Aku duduk diatas katil dan termenung dan fikiran mula melayang memikirkan pasal kerja pulak.
Sedang syok fikir pasal kerja dan team AR yang aku sayang ini, teringat ketika di awal penubuhan dulu yang dikelilingi manusia-manusia 'tinggi'.. Tinggi? Ya, tinggi!! Kerana ketika itu semua orang memandang rendah terhadap aku. Pelbagai gelaran, cacian, kutukan yang diterima. Sehingga seorang photographer yang pernah aku sanjung dan dijadikan idol turut sama menyertai 'pasukan jom kutok ramai-ramai' itu.
Tak perlu lah disebutkan namanya disini kerana aku pasti semua orang kenal dia. Aku pon tidak pasti samada dia bergurau atau pon sesaja tulis begitu. Tapi apa yang penting tulisnya pula di public, satu Malaysia boleh baca. Kenapa tak percaya? Ya!! Agak terganggu juga emosi dan perasaan ketika itu. Tapi seperti yang aku cakap tadi, life must goes on!! Aku ambil itu sebagai anjakan paradigma.
Ribuan terima kasih kepada ahli-ahli pasukan tersebut, tanpa mereka kemungkinan blog ini tak wujud, team AR tidak dapat kekal, tiada pemangkin semangat. Aku juga berpegang pada motivasi diri yang ini "tiada orang benci kita bermakna kewujudan kita belum disedari". Jangan pulak lepas ni wat diri biar orang benci pulak. Hahaha.. Hidup memang akan terus diperkata, usah risau, ada mata pandang, ada telinga dengar, ada hati? Appreciate kerja orang.
We can't please semua orang..
Dan kali ini team AR ingin berkongsi dengan karya terbaru yang diberi tajuk "Republic Conspiracy". Jutaan terima kasih dengan team yang menjayakan photoshoot kali ini, make-up artist Rafie Mahmood, from AR, Fozan NS dan tak lupa juga model kami pada sessi kali ini Yasmin yang sanggup terbang dari KL ke JB. Dan ini antara shot yang sempat dapat ditatapkan pada kali ini and VOILA!!
"Ayo eh mambo Ayo Kezambo"
Grieve not over criticism from the jealous and the weak-minded. The more they criticize u, the more u are increased in worth because only someone who is unaccomplished has no one who is jealous of him/her as the Arabic proverb "People do not kick a dead dog"...
Just keep goin!