Extreme!! Extreme, perkataan paling sesuai untuk kerja kami pada kali ni..Kalau nak diberi perumpaan dengan "7 Perhentian", perhentian kami pada kali ini jauh lebih extreme daripada filem "kelakar" itu.."aku rasa bersalah, aku cakap go to hell ngn laki aku" skrip yang rata-rata masyarakat tak boleh lupa dari filem "jenaka" itu..
Lokasi, hutan dan sungai menjadi pilihan hati yang sentiasa ingin cuba sesuatu yang baru..Kerahan tenaga dilakukan terhadap model juga make-up artist sekali..Persedian awal seperti work out di Pasar Pandan, siapa makan durian paling banyak..Dan nyata, resultnya berhasil..
Lokasi pertama, railway Kluang menjadi tempat persinggahan umpama menaiki time machine bila tiba kesini..Klasik, oldies, seklasiknya Sharifah Hanum, itu yang kami boleh klasifikasikan betapa klasiknya tempat itu..
Tempat seklasik itu tak dilepaskan peluang untuk "tembak" beberape das walaupun plan asal tidak disitu..Kira-kira 45 minit juga spend masa disitu..Kami bercadang ingin menambah lagi masa kononya nak buat sunbath..Tapi kerana kulit kami da cukup tan, kami akur dengan kejadian tuhan..
Destinasi seterusnya kami ke sungai seperti yang dijanjikan, dengan persediaan menonton filem Rambo pada malam sebelum, tiada masalah bagi kami untuk meredah hutan yang tebal dengan lightstand,camera,towel,payung, bag mekap semua tu lah..
Setibanya di lokasi yang dikehendaki, haaaaaa disinilah extremenya bermula..Air sungai yang asalnya jernih menjadi sirap..Kaki photographer kami lagi sorang Fozan, terpijak botol kaca.."Ouch saketlaaaa maaaakk!!" itu perkataan yang kami ble katekan dengan kejadian itu..Serious punya pekat, kalau betullah air sungai itu sirap sudah tentu dapat kencing manis siapa yang meminumnya, kerana dia punya pekat perghhh..Dan nasib baik Fozannya tidak ade kencing manis, kalau tidak sudah tentu kakinya kene potong..Wakakakakakakakaka..Jangan mara cik pozan..Kalau nak tengok kaki cik Fozan berdarah nah!!
Orang kata, "alang-alang menyeluk pekasam, seluklah lagi dalam" ..Walaupun keadaan agak panik sedikit ketika itu, dengan akunya tak boleh tengok darah, cik modelnya dah gegel, shoot tetap shoot..Darah tak berhenti, dengan bantuan ahli paramedik merangkap make up artist kami Cik Rafie, kaki dibalut dan darah dapat distopkan sementara waktu..Dengan berkat kesabaran, nah hasilnya..Walaupun tak berapa puas hati (yup aku mmg susah nak puas hati, ade sikit haloba ahh) idea daripada sketching yang telah disketch dalam minda aku selama ni menjadi..Yeay!! Alhamdulillah..
Millions terima kasih nak diucapkan kepada Dewi, model kami pada hari itu kerana memberi komitmen yang perghh superb!! Berani cakap, belum jumpa lagi model yang memberikan komitmen sedemikian rupa..Da ah ada semput (diberitahu selepas habis sessi photoshoot, bleh gituh?!!) berendam lagi dalam air sungai yang kami menggigil sekuat Nokia 3310 punya vibrate..Redah masuk hutan lagi bawak bag berat lagi..Salute..
Ini antara hasil-hasil yang sempat ditembak, dan juga sedikit rakaman behind the scene..Next time, kalau nak buat lagi kerja gila begini mungkin akan difikirkan 2-3 kali..Bukan takut ke apa, takut camera termasuk dalam sungai, tak ke naya camtu? Biar kaki berdarah jangan camera masuk dalam sungai, sesungguhnya selepas itu anda ludah berdarah, air mata berdarah, hingus berdarah sekali pon, ape yang anda mampu lakukan hanya say goodbye kepada camera anda..(serious!!)
Lokasi pertama Kluang Railway
Lokasi kedua pada hari itu..(Angker...)
sungguh ekstrem! artisme memang ekstremis! congrats...
Rilexx...dugaan sume tu beb..dugaan...
mmg gempak
Than you ultraman taroo...hehehe..