Salam, sudah lama tak menulis kerana bile menulis nak kene bukak pc sedangkan PC saya hanya untuk photoshop, selagi ia bukan kerana photoshop maka tak terbukak la ia.

Liat-liat menulis pon sampai ada satu tahap saya kene bersuara untuk menerangkan lagi memana pihak yang kurang paham tentang penghasilan album dan mungkin juga terma dan syarat kami.

Album dijanjikan akan di deliver selewat-lewatnya 3 bulan atau bersamaan dengan 90 hari selepas tarikh majlis. Sebelum dihantar print saya akan email dahulu layout album (berdasarkan awal perjanjian).

Semasa layout diemail, layout tersebut sudah mencapai tahap 90% siap, dimana 10% lagi terletak di tangan client untuk tuka certain gamba yang rasanye kurg berpuas hati, xnak ada gambar Mak Jemah yg pakai baju kebaya warna kuning tu ke, gamba budak kecik tah anak sapa ke, maksud saya gambar-gambar yang mungkin tidak berkenaan dengan keluarga anda atau mungkin majlis anda, mungkin?

Disini kami hendak menegaskan lagi, BUKAN tukar keseluruhan album mengikut citarasa pihak client, kerana itu bukan cara Artisme. Semasa deal kami sudah terangkan dan tunjuk contoh album kami dan client sudah setuju dengan cara penyusunan album maka itu juga yang mereka akan perolehi.

Penukaran hanya boleh dibuat SEKALI sahaja.Selepas penukaran gambar sudah dibuat album akan terus dihantar print.Dan kami sangat berharap selepas layout diemail jangan lah reply pada bulan berikutnya kerana mungkin album anda akan kene queue panjang lagi. Harap maklum.

Perkara-perkara yang kami elak dan tak buat adalah seperti,

- Dari page 1 sampai last page semua muka pengantin. Kami tidak cakap salah jika berbuat demikian,cuma kami tidak berbuat demikian.Kami akan selitkan gambar candid, details, moment, dan gambar-gambar lain yang kami rasakan sesuai.

- Kami tak betulkan make-up, kami tak senyumkan muka yang tak senyum, kami tidak memutihkan kulit yang kurang cerah kerana kami photographer, kami menangkap gambar, kami respect hasil kerja make up artist yang telah anda hire dan tidak skali-kali kami mengubah kejadian yang beliau telah jadikan. Kalau jerawat tu kami hilangkan insyAllah. :p

- Menukar background (super imposed) menjadi tempat-tempat pelancongan dan tempat-tempat liburan.

Setiap photographer mempunyai initial dan cara masing-masing, jika anda menghire kami anda akan dapat Artisme punya touch. Kami tidak boleh mengikut cara photographer lain menyusun layout, mengambil gambar dan lain-lain.

Kami tidak cakap kami paling betul atau paling tepat. Macam saya kata awal tadi setiap photographer mempunyai initial mereka tersendiri. Cantik atau tidak cantik itu terpulang kepada umum kerana soal cantik ini terlalu subjective. Yang penting anda percaya siapa yang anda hire tak kire wedding planner, make up artist, caterer ataupun photographer, MELAINKAN mereka yang melanggar tatasusila atau etika profession mereka.

Maaf sekiranya terguris memana pihak, maklumlah berbual disini tak ada intonasi. Peace yaw!!

Salam..