Hutan lagik? Ye hutan lagik tapi bukan kat hutan mane pon cume kali ni hutan di Istana Garden Johore Bahru dipilih sebagai lokasi..Not bad tempat dia cuma yaaaa sangat mencabar..Apa yang mencabar? Yaaaaa nyamuk yang banyak gila, diulangi, GILA punya banyak..Hahaha aku rasa da cam pegi menoreh dah..Ni lagi mencabar nak bandingkan ngn aku shoot kat sungai ituari.."Grins"

2 orang model digunakan pada kali ini iaitu Ms. Rohana and Ms. Fazwa dengan tema kali ni "Mixed Concept"..

"Mixed Concept" iaitu gabungan dua tema traditional & contemporary, idea yang tercetus ketika sedang lepak2 dirumah Wan Sang Make Up Artist..eheh..

Yaa disini telah diberitahu tema photo session kami pada kali ini iaitu, ape tadi murid-murid?? "Traditional Contemporary"..Diulangi "Traditional Contemporary"..Kerana kebelakangan ini kami sering menerima ugutan "klu nak wat traditional tuh bia la nampak traditional!!", "ini ape ni, kepale tutup badan nampak!!"

Kitorang punye suka la wei!! Hahhaha..sorry sorry blakon jek wat marah tuh..Tak mengape, kami faham level pemahaman dan penerimaan serta knowledge orang dialam fana ini lain-lain..Mungkin penyampaian kami masih kurang berkesan? Mungkin ya, mungkin tidak..So, secara tak langsung itu semuanya membantu untuk memanTOPkan lagi tenaga creative..

Tenaga creative sangat penting untuk menjayakan kerja-kerja yangggggg, yang creative lah..Brain storming, research kat internet, majalah, pengetahuan am, fashion itu semua perlulah jika anda inginkan sesuatu yang creative.."Think out of the box" itulah yang kami suka lakukan jika ingin lakukan sesuatu yang creative..

Bila kami da "Think out of the box", mereka-meraka yang masih dalam box ada yang boleh terima dan BOLEH TERIMA PEMBAHARUAN dan ada juga yang terus menghentam kami tanpa membuat penilaian..Tapi itu tidak mengapa, seperti yang kami cakapkan awal tadi pemahaman dan penerimaan manusia lain-lain..

Niat kami ikhlas iaitu, ingin mewarnai dunia photo ataupon dunia seni dengan idea-idea creative dan idea yang telah diperbaharui..Saya suka katakan, jika tiada siapa yang mula, tidak ada siapa akan buat..Betulkan?

Untuk sekian kalinya, hasil photo atau lebih gemar kami katakan hasil seni kami pada kali ini menggunakan 2 orang model..Kerana seingat kami sebelum ini belum pernah lagi kami buat..Photo session yang berjalan selama 7 jam iaitu bermula pada 10a.m. sehingga 6p.m. berjaya dijalankan dengan berkat kesabaran menderma darah (nyamuk) dan pembaziran air (peluh) semata-mata untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati dan berbaloi-baloi feewiittttt...

Dan ini antara yang sempat dirakamkan..Enjoy!!