Hutan lagik? Ye hutan lagik tapi bukan kat hutan mane pon cume kali ni hutan di Istana Garden Johore Bahru dipilih sebagai lokasi..Not bad tempat dia cuma yaaaa sangat mencabar..Apa yang mencabar? Yaaaaa nyamuk yang banyak gila, diulangi, GILA punya banyak..Hahaha aku rasa da cam pegi menoreh dah..Ni lagi mencabar nak bandingkan ngn aku shoot kat sungai ituari.."Grins"
2 orang model digunakan pada kali ini iaitu Ms. Rohana and Ms. Fazwa dengan tema kali ni "Mixed Concept"..
"Mixed Concept" iaitu gabungan dua tema traditional & contemporary, idea yang tercetus ketika sedang lepak2 dirumah Wan Sang Make Up Artist..eheh..
Yaa disini telah diberitahu tema photo session kami pada kali ini iaitu, ape tadi murid-murid?? "Traditional Contemporary"..Diulangi "Traditional Contemporary"..Kerana kebelakangan ini kami sering menerima ugutan "klu nak wat traditional tuh bia la nampak traditional!!", "ini ape ni, kepale tutup badan nampak!!"
Kitorang punye suka la wei!! Hahhaha..sorry sorry blakon jek wat marah tuh..Tak mengape, kami faham level pemahaman dan penerimaan serta knowledge orang dialam fana ini lain-lain..Mungkin penyampaian kami masih kurang berkesan? Mungkin ya, mungkin tidak..So, secara tak langsung itu semuanya membantu untuk memanTOPkan lagi tenaga creative..
Tenaga creative sangat penting untuk menjayakan kerja-kerja yangggggg, yang creative lah..Brain storming, research kat internet, majalah, pengetahuan am, fashion itu semua perlulah jika anda inginkan sesuatu yang creative.."Think out of the box" itulah yang kami suka lakukan jika ingin lakukan sesuatu yang creative..
Bila kami da "Think out of the box", mereka-meraka yang masih dalam box ada yang boleh terima dan BOLEH TERIMA PEMBAHARUAN dan ada juga yang terus menghentam kami tanpa membuat penilaian..Tapi itu tidak mengapa, seperti yang kami cakapkan awal tadi pemahaman dan penerimaan manusia lain-lain..
Niat kami ikhlas iaitu, ingin mewarnai dunia photo ataupon dunia seni dengan idea-idea creative dan idea yang telah diperbaharui..Saya suka katakan, jika tiada siapa yang mula, tidak ada siapa akan buat..Betulkan?
Untuk sekian kalinya, hasil photo atau lebih gemar kami katakan hasil seni kami pada kali ini menggunakan 2 orang model..Kerana seingat kami sebelum ini belum pernah lagi kami buat..Photo session yang berjalan selama 7 jam iaitu bermula pada 10a.m. sehingga 6p.m. berjaya dijalankan dengan berkat kesabaran menderma darah (nyamuk) dan pembaziran air (peluh) semata-mata untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati dan berbaloi-baloi feewiittttt...
Dan ini antara yang sempat dirakamkan..Enjoy!!








"Mixed Veggie"
(Melati Azman) Arabian Night
Last Wednesday ituari, satu lagi photo session telah diadakan..Sekali lagi perkhidmatan model cik Melati (best wooo name die) diperlukan..









Fear Factor
Extreme!! Extreme, perkataan paling sesuai untuk kerja kami pada kali ni..Kalau nak diberi perumpaan dengan "7 Perhentian", perhentian kami pada kali ini jauh lebih extreme daripada filem "kelakar" itu.."aku rasa bersalah, aku cakap go to hell ngn laki aku" skrip yang rata-rata masyarakat tak boleh lupa dari filem "jenaka" itu..
Lokasi, hutan dan sungai menjadi pilihan hati yang sentiasa ingin cuba sesuatu yang baru..Kerahan tenaga dilakukan terhadap model juga make-up artist sekali..Persedian awal seperti work out di Pasar Pandan, siapa makan durian paling banyak..Dan nyata, resultnya berhasil..
Lokasi pertama, railway Kluang menjadi tempat persinggahan umpama menaiki time machine bila tiba kesini..Klasik, oldies, seklasiknya Sharifah Hanum, itu yang kami boleh klasifikasikan betapa klasiknya tempat itu..
Tempat seklasik itu tak dilepaskan peluang untuk "tembak" beberape das walaupun plan asal tidak disitu..Kira-kira 45 minit juga spend masa disitu..Kami bercadang ingin menambah lagi masa kononya nak buat sunbath..Tapi kerana kulit kami da cukup tan, kami akur dengan kejadian tuhan..
Destinasi seterusnya kami ke sungai seperti yang dijanjikan, dengan persediaan menonton filem Rambo pada malam sebelum, tiada masalah bagi kami untuk meredah hutan yang tebal dengan lightstand,camera,towel,payung, bag mekap semua tu lah..
Setibanya di lokasi yang dikehendaki, haaaaaa disinilah extremenya bermula..Air sungai yang asalnya jernih menjadi sirap..Kaki photographer kami lagi sorang Fozan, terpijak botol kaca.."Ouch saketlaaaa maaaakk!!" itu perkataan yang kami ble katekan dengan kejadian itu..Serious punya pekat, kalau betullah air sungai itu sirap sudah tentu dapat kencing manis siapa yang meminumnya, kerana dia punya pekat perghhh..Dan nasib baik Fozannya tidak ade kencing manis, kalau tidak sudah tentu kakinya kene potong..Wakakakakakakakaka..Jangan mara cik pozan..Kalau nak tengok kaki cik Fozan berdarah nah!!
Orang kata, "alang-alang menyeluk pekasam, seluklah lagi dalam" ..Walaupun keadaan agak panik sedikit ketika itu, dengan akunya tak boleh tengok darah, cik modelnya dah gegel, shoot tetap shoot..Darah tak berhenti, dengan bantuan ahli paramedik merangkap make up artist kami Cik Rafie, kaki dibalut dan darah dapat distopkan sementara waktu..Dengan berkat kesabaran, nah hasilnya..Walaupun tak berapa puas hati (yup aku mmg susah nak puas hati, ade sikit haloba ahh) idea daripada sketching yang telah disketch dalam minda aku selama ni menjadi..Yeay!! Alhamdulillah..
Millions terima kasih nak diucapkan kepada Dewi, model kami pada hari itu kerana memberi komitmen yang perghh superb!! Berani cakap, belum jumpa lagi model yang memberikan komitmen sedemikian rupa..Da ah ada semput (diberitahu selepas habis sessi photoshoot, bleh gituh?!!) berendam lagi dalam air sungai yang kami menggigil sekuat Nokia 3310 punya vibrate..Redah masuk hutan lagi bawak bag berat lagi..Salute..
Ini antara hasil-hasil yang sempat ditembak, dan juga sedikit rakaman behind the scene..Next time, kalau nak buat lagi kerja gila begini mungkin akan difikirkan 2-3 kali..Bukan takut ke apa, takut camera termasuk dalam sungai, tak ke naya camtu? Biar kaki berdarah jangan camera masuk dalam sungai, sesungguhnya selepas itu anda ludah berdarah, air mata berdarah, hingus berdarah sekali pon, ape yang anda mampu lakukan hanya say goodbye kepada camera anda..(serious!!)
Lokasi pertama Kluang Railway



Lokasi kedua pada hari itu..(Angker...)










Bebelan seterusnya..
Curiosity, itu satu perkara yang penting jika kita ingin achieve sesuatu itu dengan lebih banyak..Saya seorang yang sangat curious dan kadang2 ble dikatakan tamak, especially bout arts..Anything bout' art..Orang nak turunkan ilmu kat kite, itu rezeki okay..Kalau nak turunkan SAKA itu BALA okayh..

AFTER

Soalan-soalan biasa yang diterima seorang jurugambar perkahwinan.
Dalam dunia ni ape pon yang kita buat, mesti takkan dapat puas kan hati semua orang...Ye tak? Besoknya siap anta outcome kat customer, yang kita akan dengar pada hari itu, eeee cantiknya, eee bestnya, puas ati la amek awak tak rugi..
Creative? Innovative? Manipulative?
Kita selalu dengar orang kata, "alamak lu ade satu speedlight jek bro?", "alamak lu pakai D60 jek bro, takleh idop ah camnie"..Bagi saya itu bukan satu masalah. Gunakan limitation yang ade pada anda dengan secreative mungkin!!
Yelah kadangkala, kita kena paham jugaklah "gunakan limitation yang ada" so pendekatan creative kita juga berlimit lah..
Sebagai contoh:
Backstage :
Gambar ini dirakam setahun yang lepas ketika saya baru kenal SLR 5 bulan lebih..:p
Wat?!! Photoshop?!! Cheater!!!! Hahahahaha..Yeah sometimes..Tapi dizaman sekarang ni, zaman digital, photoshop is our friend maaa...Kita tak boleh nak samakan zaman sekarang dengan dulu..Kalau dulu ade dark room, sekarang ade Photoshop Lightroom pee....Teknologi tak tunggu kita, kita yang kena kejar teknologi..
Contoh :
Gambar sebenar
Gambar diatas hanya menggunakan camera phone Sony Ericsson K800i 3.2mp..Dengan photoshop, nuthing is impossible..Inilah dinamakan "gunakan limitation yang ada dengan secreative mungkin"
Ada juga orang berkata, "lu bole ah cakap, lu tau pakai"..Ya saya berbangga kerana saya tahu apa yang saya sepatotnya tahu..:) As a graphic designer and photographer lah..:D
Sebagai photographer siapa yang tidak teringin mempunyai studio sendiri kan..Semue photog's mesti nak ada satu, tak kira lah besar atau mini..
Tetapi macam mana ingin mendapatkan gambar seperti berada didalam studio RM20K dengan kelengkapan yang sangat-sangat terhad?
Contoh:
Dengan berbekalkan set lighting yang tidak sampai RM1000, inilah hasilnya..Satu set payung untuk softing, dan satu unit SB600..Itu sahaja..
Contoh :
Gambar diatas dishoot di belakang pentas Plaza Angsana, berdepan dengan Polo Haus..Takde set lighting, hanya berbekalkan 1 unit SB600 yang melekat atas camera..
Bukanlah kami kata, tak payah beli barang mahal2..Itu semua terpulang kepada hak masing2..Kitorang lom mampu lagik sebenarnya ihik..Siapa yang tak mahu kan? Sebagai contoh saya sendiri, masih banyak dalam wishlist, 70~200 f2.8, Macbook pro, sebijik full frame camera..Itu semua untuk apa? Satisfaction!! Diulangi, untuk mendapatkan satisfaction!! Cuma saya sangat tertarik dengan ayat yang terpacul daripada mulut "Saiful Nang Tokeh Besar Candid Syndrome".
"Mendapatkan hasil yang menarik dengan limitation yang ada, itu barulah dinamakan creative"
Dan satu lagi yang saya suka..
"Menggunakan kelebihan yang ada untuk menutupkan kelemahan, itu barulah dinamakan bijak"

Happy Hour!! Peluang once in a life time...:p

Minta maaf, audio video ini telah disablekan oleh Youtube atas sebab-sebab mencetak rompak...hahaha..


